Jualan Ikan Talapia Segar

As Salam dan Salam Sejahtera semua Peg Veteran RRD. Dengan segala hormatnya dimaklumkan projek penjualan ikan akan dilaksanakan di Harmony Valley Retreat, pada 23 Jun 26. Konsepnya adalah berupa Open Day untuk semua melawat dan melaksanakan pembelian secara terus / ikan segar fresh di tapak ladang ikan tersebut. Pendekatan ini memiliki kelebihan seperti berikut:

– Jaminan pembelian ikan fresh (Ikan Talipiar (Merah / Hitam) – RM20 se kg)
– Pelanggan diberikan peluang membuat penangkapan ikan sendirii.
– ⁠Jika keadaan mengizinkan, sekiranya ada ikan jenis lain (kuantiti kecil) turut dijual dengan harga lebih murah
– ⁠Hidangan ikan masak stim disediakan untuk semua peserta.
– ⁠Kesempatan untuk mengeratkan semangat persahabatan dan setiakawan antara veteran peg RRD.

Sehubungan dengan perubahan ini, kerjasama dari semua amat adalah sangat dihargai

– Hadir atau hantar wakil untuk membuat pembelian pada hari tersebut.
– ⁠Menghebahkan projek ini kepada komuniti setempat atau grup anda. Semoga dapat diusahakan pembelian secara berkumpulan.
– ⁠Kesempatan untuk membuat amal jariah dengan mana-mana pihak yang memerlukan.

Mohon sokongan dan kerjasama dari semua ahli semoga projek pertama Koperasi Jambul Hitam Bhd ini dapat kejayaan cemerlang dan meyakinkan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *