As Salam dan Salam Sejahtera. Dengan segala hormatnya dimaklumkan Koperasi Jambul Hitam Berhad dengan kerjasama Harmony Valley Resort, Janda Baik akan mengusahakan projek pertamanya, iaitu penjualan Ikan Talapia. Butir-butir perancangan ini adalah seperti berikut:
Konsep – Mengikut jumlah tempahan, ikan akan di tangkap serta dibersihkan, seterusnya di bungkus untuk proses penghantaran melalui Lalamove. Tempahan minima adalah 3 kg (sekurang-kurangnya 3 ekor) dan semua tempahan ini mesti didahulukan dengan bayaran awal serta dimajukan alamat untuk penghantaran. Kos penghantaran perlu di bayar oleh penerima terus kepada Lalamove semasa menerima bungkusan ikan tersebut.
Tarikh – Pada 23 June 26, ikan akan ditangkap, dibersihkan serta dibekukan untuk proses penghantaran pada 24 Jun 26.
Kos – Adalah RM20 sekilo dengan tempahan minima 3 kg, iaitu RM60. Semua bayaran boleh di kreditkan ke akaun BHC (Maybank, No Akaun: 564810596988)
Untuk yang berminat, mohon catatkan nama di bawah dan majukan (secara personal kepada saya) slip transaksi bayaran serta alamat untuk penghantaran.
Projek ini secara langsung turut menyediakan peluang untuk membuat amal jariah, penghantaran akan dibuat kepada sesiapa yang ditujukan.
Sukacita dimaklumkan untuk sesiapa yang ingin merasakan / membuat tangkapan serta pembelian secara fresh, dijemput untuk hadir di tempat penternakan ikan di Harmony Valley Resort, Janda Baik (boleh waze) pada jam 0900. Pihak penganjur bersedia menerima serta mengaturkan program khas termasuk jamuan makan tengahari (Steam Fish).
Mohon maklumkan tarikh akhir untuk membuat tempahan diatas adalah 20 Jun 26. Semoga usaha ini mendapat sambutan dan sokongan Tuan-Tuan. Terima kasih.
